Followers

21 February 2014

TEAM JENAGOR CIPTA HATRIK


TEAM JENAGOR telah berjaya mencipta hatrik sebagai Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Balapan & Padang MSSD Hulu Terengganu kali ke-49 yang berlangsung selama 4 hari bermula 17-20 Feb 2014 bertempat di Padang SMK Jenagor. Temasya pada kali ini telah dirasmikan oleh YB En. Ghazali Bin Taib, Exco Pendidikan & Tugag-tugas Khas Negeri Terengganu.

Pasukan Lelaki 18 Tahun telah terpilih sebagai Johan Kategori L18 dan Mohd Fitri Amani juga telah dinobatkan sebagai Atlit Terbaik L18. Berikut adalah senarai penyumbang pingat emas bagi TEAM JENAGOR

      Mohd. Amirul Jusoh            5000m L18
      Mohd Fitri Amani                200m, Lompat Jauh L18
      Shazwani Adawiah              Lempar Cakera, M. Lembing P18
      Mohd Shamsul Ikram          Lom. Kijang, 400m Berpagar L18
      Mohd. Hafizie Razelam        Merejam Lembing L15
      Nur Nurul Najihah               100 m Berpagar P15
      Kuartet 4 X 400m                L18
      Kuartet 4 X 400m                P18



Ternyata Slogan 'Jjadi Pulok Jenagor 2014' dan sorakan 'Hok Saper? Hok Kiter! Hok Saper? Hok Jenagor!!!' telah berjaya menyuntik semangat para atlit untuk berjuang bermati-matian mempertahankan kejuaraan yang telah dimenangi sejak edisi ke-47 pada tahun 2012.

Upacara penutup telah disempurnakan oleh YB. Tn. Hj. Rozi Bin Mamat, Exco Belia & Sukan Negeri Terengganu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua. Proud To Be Jenagorian!.

No comments: