Followers

11 March 2013

Dua Trofi Dalam Tempoh Dua Hari


Skuad bolatampar P18 dan skuad bolasepak L18 terus menceriakan semua warga SMK Jenagor apabila menambah dua lagi koleksi EMAS apabila muncul sebagai johan di dalam kedua-dua acara tersebut dalam masa dua hari berturut-turut.

Skuad SMK Jenagor- Johan Bolatampar MSSM Htrg 2013



Di dalam pertandingan akhir kejohanan Bolatampar MSSM HTrg yang diadakan pada 9 Mac 2013(Sabtu) di SMK Tg. Ampuan Intan, pasukan SMK Jenagor telah berjaya menjinakkan tuan rumah (SMKTAI) dengan keputusan 2-1. Kejayaan ini sekaligus mengubati kekecewaan pada tahun 2012 apabila hanya sekadar menjadi Naib Johan.
Pasukan Bolasepak L18- Johan MSSM HTrg 2013

Manakala di dalam pertandingan akhir bolasepak L18 anjuran MSSM HTrg, pasukan SMK Jenagor yang diketuai oleh Mohd Tarmizi Hakim telah menundukkan SMK Ajil 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam perlawan sepenuh masa. Mohd Aiman Fahmee yang dimasukkan sebagai pemain gantian menjadi wira SMK Jenagor apabila dengan bergaya memperdayakan penjaga gol pasukan lawan pada sepakan penalti terakhir. Sementara itu pasukan bolasepak L15 hanya sekadar di tempat ke-3 apabila tumpas kepada SM Sains Hulu Terengganu(SAHUT) di peringkat separuh akhir. Kedua-dua perlawanan akhir itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Tn. Pengetua, Hj. Zulkifle Sulong, para guru, ibu bapa serta para pelajar yang membangkitkan lagi semangat pemain di dalam pertandingan tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada anda semua. Jjadi Sungguh Jenagor Lening. Proud to be Jenagorian.

No comments: