Followers

25 December 2012

Semakan dan Cetakan Tawaran SBP Tingkatan 1 2013

Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2012 dan Klik Butang Semakan

Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut 

Semakan Tingkatan Satu 2013 Negeri Terengganu

Semakan Tingkatan 1 2013 Negeri Terengganu

Keputusan PMR 2012

16 May 2012

Selamat Hari Guru 16 Mei 2012


Selamat Hari Guru
16 Mei 2012

25 April 2012

Program Ceramah Motivasi Oleh YPKT & Majlis Temu Murni 2012

Tentatif Program:

8.00 -  Pendaftaran
        - Ucapan Aluan Oleh Pengetua
        - Ceramah oleh pihak YPKT
        - Rehat
        - Majlis temu murni
        - Bersurai

Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada semua warga SMK Jenagor amnya & Pelajar PMR & SPM khususnya.

Semakan Matrikulasi 2012


SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM 

MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013.


Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat
semakan dan tawaran serta penempatan
PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013

10 April 2012

Kejohanan Bola Baling MSSMHT 2012

Johan Kategori Lelaki

Johan kategori perempuan
Tahniah diucapkan kepada semua yang  terlibat. Diharapkan SMK Jenagor dapat mengekalkan kejuaraan yang dimiliki.

09 April 2012

Mesyuarat Agung PIBG kali ke VI & Anugerah kecemerlangan Kurikulum @ Kokurikulum 2012



Pada    : 24 Mac 2012
Hari     : Sabtu
Masa   : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Gemilang
Dirasmikan oleh : YB. Mohd Nor b. Othman (Ahli Parlimen Hulu Terengganu)


Langkah Menjayakan HUTeC 2012


26 March 2012

Sepak Takraw MSSMDHT 2012

Tahniah diucapkan kepada Team SMK Jenagor yang beraksi cemerlang dalam kejohanan ini


Tarikh: 24-25/2/2012
Tempat: SMK Tun Indera
Pencapaian: Johan B15, ke-3 B18


Tahniah Diucapkan...

23 March 2012

Aplikasi Permohonan Program Perguruan 2012

Tahniah diucapkan kepada pelajar tingkatan 5 2011 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011

Bagi pelajar yang berminat kepada program perguruan bolehlah melayari


Tarikh tutup permohonan 5 April 2012  Bagi program perguruan sahaja.


Bagi pelajar yang tidak tahu kemana arah tuju :
Anda bolehlah melayari IMASCU untuk mengetahui apakah program yang anda layak dengan result yang ada.

Tarikh Tutup Permohonan 2 April Universiti, Politeknik & Kemahiran

1 no pin yang dibeli boleh apply IPTA, jadi maksudnya boleh mintak semua pilih sahaja jangan takut.. 
Sekiranya ada pertanyaan, jangan malu dan segan untuk berjumpa dengan kaunselor.
Pakat mari sekolah meriahkan suasana supaya adik-adik tengok lebih semangat nak belajar.



10 March 2012

JENAGOR JUARA LAGI...

SMK Jenagor sekali lagi membuktikan kejaguhannya apabila muncul juara keseluruhan di dalam kejohanan Padang dan Balapan MSSM Hulu Terengganu kali ke-47 yang diadakan dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu bertempat di Padang SMK Jenagor. Sekalung tahniah buat semua pihak yang terlibat di dalam merealisasikan usaha untuk mengungguli kejohanan pada tahun 2012 ini. 

YB Dato' Hj. Rosol Wahid  menyampaikan Trofi Juara Keseluruhan kepada
Tn. Pengetua SMK Jenagor, Hj. Zulkifle Sulong

19 February 2012

Juara Merentas Desa MSSMHT 2012

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha SMK Jenagor mengekalkan kejuaraan dalam kejohanan Merentas Desa MSSM HT yang telah berlangsung baru-baru ini  di SMK Matang, Hulu Terengganu.

Pelajar Orang Asli 2012

Hari Pertama Mendaftar

Selamat datang diucapkan kepada pelajar Tingkatan 1 orang Asli Sungai Berua. Semoga pelajar tahun 2012 menjadi pemangkin kepada  orang Asli sungai Berua supaya lebih bersemangat untuk meneruskan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Ini kerana Dunia sekarang mementingkan pendidikan dan  mereka tidak terus ketinggalan,




Pelajar dari kalangan Orang Asli Sungai Berua tidak lagi pemalu seperti dahulu dan guru dapat menjalankan proses pembelajaran dengan lebih efektif.

Info :

Tahun 2012 :

Jumlah Pelajar Orang Asli Tingkatan 1 : 6 Orang
Cara ke sekolah                                  : Menaiki van yang telah disediakan oleh Jabatan Orang Asli Sungai Berua.
Pakaian                                               : Dibekalkan oleh Jabatan Orang Asli
Makan                                                :  Makan di kantin dengan peruntukan yang disediakan.

Diharap pada masa akan datang lebih ramai pelajar dari kalangan Orang Asli Sungai Berua bersekolah di SMK Jenagor. Mereka dikatakan  mempunyai keupayaan / stamina yang tinggi dan kelebihan yang ada pada mereka mungkin dapat disalurkan pada saluran yang betul.

07 January 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2012

Selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2012 kepada semua guru dan pelajar SMK Jenagor. Semoga tahun ini kita akan lebih cemerlang lagi InsyaAllah.

Selamat Datang kepada Guru yang berhijrah ke SMK Jenagor iaitu Encik Mohd Kamal Arifin dari SMK Landas dan Puan Nor HamimI Ambak yang berpindah dari Johor. Selamat datang juga kepada anak-anak pelajar Tingkatan Satu dan selamat menempuh alam sekolah menengah yang lebih mengujakan.

06 January 2012