Followers

16 April 2011

MAKLUMAN : SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 BAWAH 2011 SECARA 'ON-LINE'





Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran kemasukan dan surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah boleh dicetak secara on-line mulai 2 Mei 2011 (Isnin) melalui alamat laman web http://www.emoe.gov.my dan calon juga bloeh menyemak keputusan tawaran melalui perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip seperti berikut : "T.6Nombor Kad Pengenalan" atau "T.6Angka Giliran" dan hantar ke talian 15888.

2. Sehubungan dengan itu, pelajar yang berjaya diminta melaporkan diri mulai 9 Mei 2011 (Isnin) di sekolah yang ditawarkan.

Sumber : JPNT

08 April 2011

Sistem Pengurusan Pertukaran Bukan Guru (e-Tukar Bukan Guru)

Permohonan pertukaran antara negeri kakitangan bukan guru Kementerian Pelajaran Malaysia bagi bulan Julai 2011 melalui E-Tukar Bukan Guru telah dibuka mulai  1 April 2011 sehingga 30 April 2011 melalui link



Sila pastikan sebelum login, keperluan berikut dipenuhi bagi memastikan kelancaran proses permohonan tuan/puan. Dokumen-dokumen berikut perlu disediakan sama ada didalam format pdf/bitmap/jpeg dll untuk di muat naik semasa membuat permohonan pertukaran :

  i) Sijil Pendaftaran Perkahwinan/Nikah ; jika berkaitan
  ii) Surat Pengesahan Majikan Pasangan ; jika berkaitan
  iii) Surat Pengesahan Doktor ; jika berkaitan
  iv) Surat Daftar Perceraian/Kematian ; jika berkaitan
  v) Surat Kelahiran Anak ; jika berkaitan
  vi) Laporan Polis; jika berkaitan ; jika berkaitan dan
  vii) Lain-lain dokumen berkaitan.

- Harap Maklum -
Pengurusan Pertukaran Kakitangan Bukan Guru
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima permohonan pertukaran daripada kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan yang dikemukakan perlu berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:-

a. Mengikut pasangan bertukar
b. Mencari pengalaman baru
c. Masalah peribadi (cth: jauh daripada tempat tinggal / tidak sesuai dengan persekitaran tempat kerja / ancaman keselamatan dan lain-lain sebab munasabah)